Sunday, November 27, 2016

🐌🐌Cara Berkesan Kikis Sifat Malas🐌🐌 Cara ni InsyaAllah akan kikis sifat malas tu sedikit demi sedikit. ✏️Mengambil wudu’ – wudu’ berfungsi sebagai penyejuk hati dan penenang diri setelah kita menyucikan anggota badan kita dengan bacaan niat dan doa selepas wudu’. Manakali dari segi pandangan Islam juga wudu’ mampu menghalang kita daripada terus terpengaruh dengan bisikan syaitan. ✏️Solat tepat pada waktu – bagaimana solat tepat waktu mampu mengatasi sifat malas kita adalah dengan cara mendidik kita untuk lebih berdisiplin dan menepati waktu. Orang yang malas adalah antara mereka yang tidak menepati waktu dan tidak menghargai masa yang ada. ✏️Bangun awal dan solat sunat – tambah lagi kuasa anda untuk membina disiplin diri. InsyaAllah saya katakan bila anda bangun awal dan solat sunat pastinya aura dalam diri anda begitu positif. Aura positif inilah yang penting dalam membentuk diri kita. ✏️Berkawan dengan orang yang rajin – “berkawan dengan penjual minyak wangi, sampaikan kita pun akan terkena wanginya” , begitulah perumpamaan yang mudah jika ada kawan yang rajin. Jadi kawan yang baik dan rajin bisa memberikan pengaruh yang positif buat diri kita, insyaAllah. ✏️Hirup udara segar dan lakukan aktiviti fizikal – kombinasi kedua-dua ini mampu memberikan sedikit aliran kesegaran dalam diri dan otak kita. Sifat malas sudah membelenggu dan menyebabkan kesesakan pemikiran otak kita, jadi kita perlukan satu pergerakan darah yang cepat dengan kombinasi udara yang bersih. *kredit kepada khairulzamri.com #jannahdexandraperfume #teamredsgorgeous #motivasidiri

No comments:

Post a Comment